12/Mar/2010

         
   
 
   
 


Kementerian Kewangan telah membangunkan sistem Aduan Bayaran dan Prosedur Perolehan untuk melayani dan menangani aduan daripada pembekal atau kontraktor berkenaan kelewatan bayaran serta isu prosedur perolehan terutamanya daripada Jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan.

Bagi kes-kes Aduan Bayaran Lewat, Jika bekalan/perkhidmatan/kerja yang didakwa telah disempurnakan itu dapat dibuktikan maka Jabatan Kerajaan berkenaan hendaklah mengambil tindakan untuk menjelaskan bayaran dengan serta merta. Jika sebaliknya, penjelasan perlu diberi mengapa bayaran tidak wajar dibuat. Bagi aduan yang melibatkan tuntutan diantara syarikat swasta yang tidak melibatkan Jabatan Kerajaan, Kes mereka akan dirujuk kepada Agensi Kawalselia yang berkenaan sekiranya pertelingkahan kontrak masih berterusan.

Sistem Aduan Bayaran dan Prosedur Perolehan Online dibangunkan untuk membantu pengadu membuat aduan secara terus melalui internet dan membuat semakan status aduan pada bila-bila masa.

 

   
   


Perbendaharaan Malaysia 2010